Masjid ini dibina pada tahun 1978 di Kampung Telipot, Kota Bharu. Pada asalnya, masjid ini dikenali dengan nama “Masjid Telipot”, mengambil sempena nama kampung tempat masjid ini dibina. Cadangan pembinaan masjid ini dibuat oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Abd. Aziz Tengku Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) Yang Dipertua MAIK pada waktu itu.
Masjid ini didirikan di atas tapak bekas Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri. Ia dibina bagi dijadikan tempat Jumaat kedua bagi Mukim Langgar dan bukannya menggantikan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar yang sedia ada.
Masjid Telipot membuka peluang kepada semua dermawan daripada rakyat Malaysia untuk bersama-sama mewakafkan sebahagian harta kepada pembangunan Masjid Telipot agar cita-cita untuk menaiktaraf masjid seperti cadangan di atas tercapai dengan jayanya.