MASJID TELIPOT

Masjid Sultan Muhammad II Telipot

Pengenalan

Masjid Sultan Muhammad II Telipot

Masjid ini dibina pada tahun 1978 di Kampung Telipot, Kota Bharu. Pada asalnya, masjid ini dikenali dengan nama “Masjid Telipot”, mengambil sempena nama kampung tempat masjid ini dibina. Cadangan pembinaan masjid ini dibuat oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Abd. Aziz Tengku Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) Yang Dipertua MAIK pada waktu itu.

Masjid ini didirikan di atas tapak bekas Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri. Ia dibina bagi dijadikan tempat Jumaat kedua bagi Mukim Langgar dan bukannya menggantikan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar yang sedia ada.

Cadangan Menaiktaraf

Masjid Sultan Muhammad II Telipot
1. Ruang solat 1,500 kepada 3,800 orang.
2. Bilik Rehat & Laluan Diraja.
3. Penambahan ruang parking kereta & motorsikal.
4. Tambah baik Bilik Rehat imam & bilal.

Masjid Telipot membuka peluang kepada semua dermawan daripada rakyat Malaysia untuk bersama-sama mewakafkan sebahagian harta kepada pembangunan Masjid Telipot agar cita-cita untuk menaiktaraf masjid seperti cadangan di atas tercapai dengan jayanya.

Perlukan Khidmat
Nasihat Rumah Tangga?

Masjid Telipot meyakini bahawa setiap permasalahan adanya penyelesaian.

Institusi rumah tangga amatlah penting di dalam agama Islam kerana ianya tunjang kepada pembentukan “Khaira Ummah” untuk kebaikan masyarakat Islam di dalam negara kita.

Punca keretakan rumah tangga adalah kurangnya ilmu agama dan gagal mengawal emosi semasa berlaku perbalahan.

Oleh itu, Masjid Telipot menyeru semua ibu dan bapa yang mempunyai masalah rumah tangga untuk segera hubungi kami, agar permasalahan yang di hadapi dapat diselesaikan dengan cara yang diredhai Allah Taala dan Rasulullah SAW.
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pentunjuk."

Surah At-Taubah : 18

Artikel Masjid Telipot

Masjid Sultan Muhammad II Telipot
Masjid Sultan Muhammad II | Masjid Telipot

Pernikahan Berdasarkan Agama

Pengenalan Pernikahan adalah salah satu institusi penting dalam kehidupan manusia. Dalam Islam, pernikahan dianggap sebagai perbuatan mulia yang dianjurkan dan diberkati oleh Allah. Allah SWT dalam Al-Quran berfirman, “Dan di [...]
Baca Lagi...
Masjid Sultan Muhammad II | Masjid Telipot

Pembinaan Masjid Berdasarkan Taqwa

Pengenalan Pembinaan Masjid merupakan amalan mulia dalam Islam yang harus dilakukan atas dasar taqwa, iaitu ketakwaan kepada Allah. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW menyatakan, “Pembinaan rumah Allah [...]
Baca Lagi...

Perlukan Bantuan?

8.00 pagi - 5.00 petang / Ahad - Khamis

09 740 5100

Pejabat Masjid Telipot

011 2050 8026

WhatsApp Masjid Telipot
Sila Imbas Saya
Masjid Sultan Muhammad II Telipot
Pautan Pantas
Masjid Sultan Muhammad II Telipot
Sila Imbas Saya
Copyright © 2023 Masjid Telipot | Masjid Sultan Muhammad II Telipot Kota Bharu
× Perlukan Bantuan? Available from 08:00 to 17:00 Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday